Friday, August 21, 2009

Skuad catur sapu bersih

SKUAD catur negara menyapu bersih empat pingat emas yang ditawarkan pada hari terakhir Sukan Para ASEAN Kelima (KL'09) yang berlangsung di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.
..
Keseluruhannya,
Malaysia melepasi sasaran enam pingat emas pada KL'09 ini apabila meraih lapan daripada 20 pingat emas yang ditawarkan daripada acara catur.
..
Nur Feiqah Maulud Mohd. Halil dan Choo Min Wang masing-masingnya menyumbang dua pingat emas bagi acara individu dan berpasukan terbuka lelaki dan wanita.
.
Pada pertandingan akhir semalam, Nur Feiqah meraih dua pingat emas bagi kategori individu wanita terbuka B1/B2/B3 dan berpasukan wanita terbuka B1/B2/B3 ketika berganding dengan Athirah Azman dan Teo Suat Mui.
.
Min Wang pula menyumbangkan emas dalam acara individu lelaki terbuka B1/B2/B3 dan berpasukan lelaki terbuka B1/B2/B3 bersama Mah Hassan Omar dan Shahruddin Sidek.
.

MAH HASSAN meraih emas dalam acara berpasukan lelaki terbuka B1/B2/B3

..
Nur Feiqah yang menyumbang keseluruhan empat pingat emas bagi skuad catur negara berkata beliau gembira kerana berjaya mencapai sasaran bagi kategori individu dan pasukan.

..
"Kejayaan yang diperoleh hari ini (semalam) merupakan kejayaan bersama dan tanpa bantuan daripada jurulatih ia sukar dicapai," katanya.

.
Beliau bertekad untuk mengulangi kejayaan yang sama jika berpeluang menyertai Sukan Para ASEAN di Bandung, Indonesia pada 2011 nanti.

.
"Walaupun sibuk dengan pelajaran, saya akan tetap luangkan masa untuk mendalami ilmu catur," katanya Sementara itu pengurus pasukan catur negara, Abdul Latif Mohammad berkata, beliau bersyukur kerana anak didiknya telah membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik.

.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pencapaian semua pemain," katanya.

.
Beliau berkata, usaha mencari bakat baru bagi atlet lelaki perlu segera dibuat sebagai persiapan awal menghadapi Sukan Para ASEAN di Bandung kerana kebanyakan daripada atlet lelaki telah berusia.
-kosmo

No comments:

Post a Comment