Thursday, August 20, 2009

Danial pelajar autisme juara catur

KUALA TERENGGANU 9 Ogos - Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik di sini, Muhammad Danial Zainuddin muncul juara pertandingan catur pelajar pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran.
..
Kemenangan Muhammad Danial, 14, yang mengalami autisme itu dicapai selepas menewaskan 11 pelajar istimewa lain dalam pertandingan tersebut.
..
Dia berjaya membawa pulang wang tunai RM200, trofi, hamper dan sijil.
..
Muhammad Danial ketika ditemui berkata, dia gembira dapat memenangi pertandingan catur yang sangat diminatinya.
..
Katanya, ia merupakan pertandingan catur pendidikan khas kedua yang dimenangi.
.
"Saya mula menyukai permainan ini apabila mula bermain dengan ayah sejak saya berusia dua tahun.
.
"Dia yang mengajar saya cara bermain dan memberi panduan untuk mengalahkan lawan," katanya.
.
Pelajar tingkatan dua itu berkata, dia banyak berlatih dengan ayah dan adik untuk meningkatkan kemahiran bermain catur.
.
Dalam pada itu, seorang lagi peserta pertandingan itu, Muhammad Zulhakim Zainudin, 10, berkata, dia menyukai permainan itu kerana membolehkannya mencari lebih banyak rakan baru.
.
"Saya sangat suka main catur dan kebanyakan lawan saya menjadi rakan saya," katanya.

No comments:

Post a Comment