Thursday, February 26, 2009

Gelaran Grandmaster dalam catur

Apa itu "Grandmaster"?
..
Gelaran "Grandmaster" atau GM merupakan anugerah tertinggi kepada pemain-pemain catur yang dikurniakan oleh Pertubuhan Catur Dunia atau lebih dikenali sebagai FIDE. Tidak kira lelaki atau wanita gelaran ini boleh diperolehi setelah syarat dan kriteria yang diperlukan telah diperolehi. Di antara syarat-syaratnya ialah mempunyai ELO rating 2500 ke atas.

Gelaran "Grandmaster" ini mula dianugerahkan kepada 5 orang pemain terbaik di Pertandingan St Petersburg 1914 oleh Tzar Rusia. Mereka adalah Emanuel Lasker, Jose Raul Capablanca, Alexander Alekhine, Siegbert Tarrasch, dan Frank Marshall. Lasker, Capablanca dan Alekhine merupakan juara-juara dunia.


GM Carlsen (2776)


Setakat ini hampir 600 orang yang telah mendapat gelaran "Grandmaster".

INFO: Tahap-tahap Grandmaster Catur mengikut level FIDE Rating (Elo Rating):
Super Elite Grandmaster (GM) : Elo Rating 2800++
Elite Grandmaster (GM) : Elo 2700-2799
Super Grandmaster (GM) : Elo 2600-2699
Grandmaster (GM) : Elo 2500-2599
International Master (IM) : Elo 2300-2499
Fide Master (FM) : Elo 2200-2299
..
Level-level tu hanyalah anggaran sahaja, sebab kadang kala ada GM yg dah turun sehingga Elo 2400++. Istilah ini cuma panggilan saja sebab dlm catur hanya ada Grandmaster (GM), IM, FM saja.
..
*Elo Rating=Istilah ini adalah datangnya daripada Dr.Arpad Emrick Elo yg merupakan seorang professor Fizik yg telah mencipta tahap level2 master catur di dunia dan telah digunakan oleh FIDE (Badan Catur Dunia) untuk menentukan tahap2 kekuatan minda pemain catur.

No comments:

Post a Comment