Thursday, February 26, 2009

Georgiev catat rekod lawan catur 360 orang

SOFIA 24 Feb. - Pemenang Grandmaster, Kiril Georgiev berjaya memecah rekod dunia untuk jumlah tertinggi dalam permainan catur secara serentak.

Georgiev bertarung dalam 360 permainan secara serentak dan menamatkan permainan dalam masa 14 jam 8 minit.

Dia merekodkan hanya enam kali kalah dan 70 keputusan seri, manakala yang lain semua dimenanginya daripada pesaing pelbagai peringkat usia yang terdiri daripada kanak-kanak hingga pesara.

Mengikut peraturan untuk melayakkan Georgiev mencatat rekod, dia perlu menang 80 peratus permainan dan dia telah pun mencatat rekod kemenangan sehingga 88 peratus, kata penganjur.
Rekod Grandmaster Bulgaria itu kini secara rasmi telah dikemukakan untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

Rekod permainan catur secara serentak dipegang oleh juara catur Amerika Syarikat yang berasal dari Hungary, Susan Polgar pada tahun 2005.

Polgar bermain 326 perlawanan catur, menang 309, seri 14 dan tewas hanya tiga. - AFP
Dipetik dari Utusan Online

No comments:

Post a Comment