En passant ialah perkataan Perancis yang bermaksud "sambil lalu"; pada asasnya, pemain boleh memakan bidak lawan semasa ia sedang melintas lalu bidak sendiri.
Apabila bidak musuh mara dua petak ke hadapan ke baris (rank) yang sama dengan bidak sendiri yang berada lajur (file) bersebelahan, pemain boleh, pada pusingan yang berikutnya sahaja, memakan bidak tersebut seolah-olah ia cuma bergerak satu petak. Kebolehan bidak untuk bergerak dua petak pada gerakan pertamanya merupakan tambahan yang agak lambat. En passant diperkenalkan untuk mengelakkan penyalahgunaan peraturan baru ini.
No comments:
Post a Comment