Thursday, March 12, 2009

Tamat permainan


Permainan berterusan bergantian antara Putih dan Hitam sehingga salah satu keadaan berikut dicapai:

  • Raja salah seorang pemain telah syahmat. Pemain tersebut dikira kalah dalam permainan itu.
  • Dalam permainan persaingan, seorang pemain kehabisan masa. Pemain tersebut dikira kalah (dengan dua pengecualian penting, lihat keadaan seri di bawah).
  • Seorang pemain menyerah kalah, atau menarik diri. Ini boleh disimbolkan oleh pemain dengan menumbangkan raja sendiri.
  • Pada gilirannya, seorang pemain mencapai kedudukan buntu (stalemate), iaitu dia tidak boleh bergerak dan rajanya tidak dalam keadaan mat. Permainan ini dianggap seri.
  • Kedua pemain bersetuju untuk seri. Pemain boleh menawarkan seri selepas menjalankan gilirannya. Tawaran seri tidak boleh ditarik balik.
  • Seorang pemain berjaya mendakwa sesuatu permainan itu seri melalui salah satu syarat berikut:
  • Lawannya tidak mempunyai buah yang cukup untuk mengemat (syahmat) rajanya dengan apa-apa urutan pergerakan yang sah.
  • Kedua-dua pemain kehabisan masa dalam permainan persaingan.
  • Seorang pemain kehabisan masa, namun lawannya tidak mempunyai buah yang cukup untuk mengemat (syahmat) rajanya.
  • 50 pergerakan telah dilakukan setiap pemain sejak satu buah dimakan atau bidak digerakkan.
  • Keadaan semasa telah berlaku dua kali sebelum ini pada giliran pemain yang sama.

1 comment: