Thursday, March 5, 2009

Gerakan Knight / Kuda

Kuda merupakan satu-satunya buah catur yang boleh melompat atau bergerak "di antara" buah lain. Kuda mempunyai pergerakan berbentuk L yang unik; dua petak melintang atau membujur dan satu petak berserenjang dengan arah sebelumnya.

Dalam kata lain, kuda boleh bergerak ke petak yang terdekat dengannya yang bukan pada rank, file atau pepenjuru (diagonal) yang sama. Jika papan catur dipusingkan sedikit, potensi gerakan kuda seolah berbentuk "
Y".

Kuda boleh memakan mana-mana buah yang berada di salah satu dari 8 hujung gerakan L (atau Y) nya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment