Tuesday, March 3, 2009

Gerakan Buah Catur

Catur, tidak seperti kebanyakan permainan papan lain, tidak bergantung kepada nasib. Keputusan permainan bergantung penuh terhadap kemahiran pemain. Namun, disebabkan kekompleksannya, sesetengah langkah yang dilakukan akan mempunyai kesan yang tidak dapat dijangka ketika itu.

Pengenalan
Seorang pemain ("Putih") mempunyai buah berwarna putih, manakala lawannya ("Hitam") mempunyai buah berwarna hitam. Warna yang digunakan tidak semestinya hitam dan putih (sebagai contoh, gelap dan terang, atau biru dan kuning), tetapi secara umumnya hendaklah senang dibezakan.
Dalam permainan biasa, pilihan warna boleh ditentukan melalui pelbagai cara, seperti membaling duit syiling atau meneka warna buah. Pemain juga boleh memilih warna yang dikehendaki sekiranya pihak lawan tidak membantah. Dalam pertandingan, warna para pemain akan ditentukan pihak penganjur.
Aturan permainan
Apabila semua buah telah siap disusun, Putih (atau warna yang lebih cerah) akan melakukan langkah pertama. Putih sentiasa bermula dahulu; ini penting untuk notasi, dan akan ditegaskan oleh mana-mana pemain catur. Selepas Putih menggerakkan satu buahnya, giliran Hitam pula mengerakkan satu buahnya. Permainan ini diteruskan dengan kedua-dua pemain menjalankan satu buah masing-masing secara bergilir, Putih dan Hitam.


Peraturan bergerak
Satu pergerakan terdiri dari pergerakan satu buah catur, mengikut cara pergerakannya, ke satu petak yang kosong atau diduduki pihak lawan. Satu pengecualian ialah pergerakan yang dipanggil castling di mana dua buah digerakkan sekaligus. Pemain tidak boleh menggerakkan buah ke petak yang diduduki buah sendiri.

Sekiranya buah tersebut digerakkan ke petak yang diduduki buah lawan, buah lawan itu dikeluarkan dari permainan dan dikira telah dimakan atau ditangkap. Kecuali kuda dan castling, buah catur tidak boleh 'melompat' (bergerak melangkaui) mana-mana buah lain. Pemain tidak boleh menjalankan langkah yang akan menyebabkan rajanya dicheck (lihat bawah).

Terdapat tiga pengecualian terhadap peraturan ini, iaitu di mana pemain boleh menggerakkan dua buah serentak (castling), di mana bidak bergerak ke petak yang kosong tetapi masih dapat memakan (en passant), dan di mana bidak bergerak dan dinaikkan pangkat menjadi buah lain (kenaikan bidak). -Wikibooks

2 comments: