Thursday, March 5, 2009

Pergerakan Bishop / Gajah Dalam Catur

Gajah boleh bergerak secara pepenjuru sejauh mana yang dikehendaki. Kedua-dua pemain bermula dengan dua gajah, sebiji di petak cerah dan sebiji lagi di petak gelap.
Perhatikan bahawa pergerakan gajah terhad kepada warna petak ia bermula. Dalam rajah di sebelah, gajah berada di petak gelap dan tidak dapat bergerak ke atau mengawal petak cerah.
Gajah tidak boleh melompat mana-mana buah. Ia boleh memakan mana-mana buah lawan yang berada di laluannya, dan kemudian menduduki petak yang sebelum ini diduduki lawan.

No comments:

Post a Comment