Thursday, March 12, 2009

Gerakan Khas dalam permainan catur

Kenaikan bidak

Sekiranya bidak berjaya mara ke baris terakhir lawan (baris terjauh dari kedudukan awalnya), bidak itu akan "dinaikkan pangkat". Apabila mencapai baris tersebut, pemain boleh memilih untuk menaikkan pangkat bidak mereka menjadi sama ada menteri, tir, gajah atau kuda. Buah terbaru itu tidak semestinya diambil dari buah yang telah dimakan lawan sebelum ini.
Oleh itu, seorang pemain boleh memiliki lebih dari satu menteri dan lebih dari dua tir, gajah atau kedua. Kebiasaannya, permainan akan berakhir tidak lama selepas sebuah bidak dinaikkan pangkat, kerana ketika itu, banyak buah yang telah dimakan.


Castling

Castling sebelah raja: O-O

Castling sebelah menteri: O-O-O

Castling (perkubuan) ialah satu teknik gerakan yang melibatkan raja dan salah satu tir. Castling yang dilakukan dengan tir yang dekat dengan raja dipanggil "castling sebelah raja" (kingside castling), manakala castling dengan tir menteri dipanggil "castling sebelah menteri" (queenside castling). Tujuan utama castling ialah untuk menguatkan pertahanan raja dari serangan musuh.

Tertakluk kepada sekatan yang diterangkan di bawah, seorang pemain boleh melakukan castling dengan menggerakkan rajanya dua petak ke arah tir, dan kemudian dalam giliran yang sama menggerakkan tir tersebut ke sebelah raja yang lebih jauh (dengan melompat raja).

Perhatikan bahawa raja mestilah digerakkan bahulu, diikuti dengan tir. Jika tir digerakkan dahulu, ia diaggap sebagai pergerakan tir biasa, dan raja tidak boleh bergerak.

Sekatan yang dikenakan terhadap castling adalah seperti berikut:
  • Pemain masih belum menggerakkan kedua-dua raja dan tir.
  • Raja tidak boleh berada dalam kedudukan mat sebelum dan selepas castling.
  • Laluan raja tidak boleh terdedah kepada serangan lawan (ini akan menyebabkan raja berada dalam keadaan mat semasa bergerak).
  • Tiada buah lain di antara laluan raja dan tir.

No comments:

Post a Comment