Thursday, March 12, 2009

Kedudukan awal permainan catur

Di awal permainan, setiap pemain bermula dengan lapan bidak, dua tir, dua kuda, dua gajah, satu menteri dan satu raja yang disusun mengikut rajah di sebelah. Perhatikan bahawa buah yang boleh bergerak pada awal permainan cuma bidak dan kuda.

Orang yang baru mula bermain catur sering melakukan kesilapan dalam menyusun buah; kedudukannya memang agak rumit. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh membantu.

Putih di sebelah kanan: Petak bawah kanan hendaklah berwarna putih/cerah.

Kuda di dalam tir: Kuda diletakkan di sebelah tir (rupa tir seperti benteng kota).

Menteri pada warnanya: Menteri Putih di petak putih, menteri Hitam di petak hitam.

Gajah mengawal raja: Gajah mengelilingi raja dan menteri.

No comments:

Post a Comment